Al-Fatihah - Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia

SHARE:

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh...

Al-Fatihah - Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia

Pergukafakuantan.com - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Gombak.

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

"Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan," menurut kenyataan itu di sini semalam.

Biodata ringkas YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah JAKIM

YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya dilahirkan di Terengganu pada tahun 1961. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985) dan Ijazah Sarjana (1995) dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya. Beliau mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1986 dengan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan Islam Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM.

Berpengalaman selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah sebagai Pengarah di beberapa bahagian di JAKIM iaitu Pengarah JAKIM Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah JAWI tahun 2013.

Pada 05 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Kemudian pada 01 Mei 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pada 01 April 2018, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM sehingga 26 Disember 2019.

Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam, diharap JAKIM akan terus memacu kecemerlangan dan urusan pentadbiran Islam di Malaysia.

Al-fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang iman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Salam Takziah daripada kami semua warga Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan dan Semua Warga KAFA seluruh Malaysia amnya

COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Al-Fatihah - Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia
Al-Fatihah - Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgulEzKUwm7sMfk7XPgH6K6Tei6DdI2g50VSxDNgE2XAQ3ubvjtM76Yb_6AsOOgBLkmkQ5RanpRRDc1f_r23LxoPqlb7gczsj0pL7tejnBhCd8hcIh0aDw-q7o_DIA7hhAdKbW2vxWzOA4/w640-h404/salam+takziah.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgulEzKUwm7sMfk7XPgH6K6Tei6DdI2g50VSxDNgE2XAQ3ubvjtM76Yb_6AsOOgBLkmkQ5RanpRRDc1f_r23LxoPqlb7gczsj0pL7tejnBhCd8hcIh0aDw-q7o_DIA7hhAdKbW2vxWzOA4/s72-w640-c-h404/salam+takziah.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/al-fatihah-ketua-pengarah-jakim.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2020/10/al-fatihah-ketua-pengarah-jakim.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :