Taklimat ini telah dihadiri oleh semua Guru Besar/Wakil SAR KAFA Daerah Kuantan mengikut sesi yang telah ditetapkan.
Pergukafakuantan.com - Alhamdulillah hari ini telah berlangsungnya sesi Taklimat Pengurusan Pembukaan Kelas KAFA Daerah Kuantan seperti ketetapan di bawah:
Tarikh :
16 Julai 2020 (Khamis)
Masa :
8:00 pagi - 9:00 pagi (Zon 1 dan 3)
9:00 pagi - 10:00 pagi (Zon 2 dan 4)
Tempat :
Dewan Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, Kuantan.
Taklimat ini telah dihadiri oleh semua Guru Besar/Wakil SAR KAFA Daerah Kuantan mengikut sesi yang telah ditetapkan. Bagi KAFA SK pula tidak terlibat kerana ia tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SK.
Taklimat telah disampaikan oleh Penyelia KAFA Daerah Kuantan. Turut serta dalam sesi taklimat ini adalah Penyelia KAFA Negeri Pahang wakil kepada JAIP.
Alhamdulillah Al Fadhil Tuan Qadhi Kuantan, Ustaz Abdul Aziz bin Abd Karin juga dapat bersama-sama dalam sesi taklimat ini turut menyampaikan amanat buat semua SAR KAFA berkaitan dengan pengurusan pembukaan kelas KAFA pada 3 Ogos 2020 ini nanti.
Antara yang amat ditekan oleh Al Fadhil Tuan Qadhi adalah 3 yang utama:
- Memakai topeng pelindung
- Sanitizer (basuh tangan)
- Jaga penjarakkan
Antara lain yang ditekankan juga adalah sanitasi nyah kuman perlu dibuat untuk setiap KAFA yang akan di buka nanti. Ini perlu kerana keadaan masa yang ditinggalkan agak lama, jadi kelas-kelas perlulah disanitasikan. Ia boleh dilakukan sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.
Taklimat berakhir kira-kira jam 10.00 pagi. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru-Besar/Wakil dan semua yang telah memberi kerjasama menjaya sesi taklimat ini.
KITA JAGA KITA
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM m/s 6 hingga 17
Rangkuman gambar-gambar di sesi talimat SOP pembukaan kelas KAFA Daerah Kuantan :
COMMENTS