Sebelum itu marilah bersama-sama kita baca Al-Fatihah untuk arwah Ustazah Hanizah binti Kandar dari Kafa Surau Indera Mahkota 2 yang telah....
Sebelum itu marilah bersama-sama kita baca Al-Fatihah untuk arwah Ustazah Hanizah binti Kandar dari Kafa Surau Indera Mahkota 2 yang telah kembali ke rahmatullah pada 8/6/2020 yang lalu, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredaan Allah SWT.
Sehubungan itu pihak Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (Pergukafa Kuantan) telah mengadakan kunjungan ziarah ke atas keluarga arwah Ustazah Hanizah pada 22/6/2020.
Kunjungan kami telah disambut oleh adik Ustazah Hanizah iaitu Encik Shamsul. Sedikit sumbangan daripada persatuan diserahkan kepada beliau.
COMMENTS