Kami semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020" Maaf Zahir dan Batin.
Assalamualaikum... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1441 Hijrah ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2020" kepada seluruh warga SAR KAFA daerah Kuantan dan Pahang seluruhnya.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki dalam keadaan yang amat berlainan dari tahun sebelumnya akibat Pandemik Covid 19.
Jesteru saya menyeru agar kita bersabaran dalam menghadapi wabak ini, tingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara warga SAR KAFA seluruh Kuantan dan Pahang kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.
Benarlah firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:
"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…"
Sabda Rasulullah SAW;
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Sentiasalah bermaafan dan lontarkan senyuman bagi membentuk satu suasana SAR KAFA yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan berlapang dada.
Selamat menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan PKPB syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang pulang ke kampung halaman dalam negeri daerah ke daerah berhati-hati dijalanraya, kepada yang kampungnya di luar negeri, bertabahlah.... kerana beraya di rumah sendiri.
Tidak dilupakan doa dan harapan buat barisan hadapan kita yang bertungkus lumus menjaga dan mengawal Covid 19 ini, semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada kita semua, kita jaga kita.
Akhir kata saya mewakili Persatuan Guru SARA KAFA Negeri Pahang (PEGUSAKAPA) dan Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga KAFA daerah Kuantan dan Pahang seluruhnya.
Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Aamiin.
Ustaz Harmizi Hanafi
Pengerusi,
Persatuan Guru SAR KAFA Negeri Pahang.
Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.
COMMENTS