Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucap "Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1441H" buat semua umat Islam terutama sekali...
Pergukafakuantan.com - Persatuan Guru SAR KAFA Daerah Kuantan mengucap "Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1441H" buat semua umat Islam terutama sekali buat warga SAR KAFA daerah Kuantan dan Pahang serta Malaysia amnya.
Di Malaysia kita akan menyambutnya pada Sabtu 9 November 2019 bersamaan 12 Rabiul Awal 1441H.

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun 2019 ini adalah "Negara Rahmah, Ummah Sejahtera" dan tema tahun lepas 2018 adalah " Menyantuni Umat Membawa Rahmat".
Berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul 2019 bersamaan dengan tahun 1441 Hijrah beserta dengan tema tahun-tahun sebelumnya.
Tema Maulidur Rasul 2019:
2019: Negara Rahmah, Ummah Sejahtera. Tema yang sama denganTema Maal Hijrah 2019.
2018: Menyantuni Umat Membawa Rahmat.
2017: Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.
2016: Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.
2015: Perpaduan Nadi Transformasi Negara.
2014: Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Maulidur Rasul Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.
Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.
Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingannya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W). Dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang).”(Surah Al-Ahzaab : 21)
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W). Dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan ku pada hari akhirat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepada ku - Riwayat An Nasa i dan Ibnu Hibban.Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2019 bersamaan dengan tahun 1441 Hijrah.
COMMENTS