adik Wan Ayunie Najwa binti Wan Zuki murid Tahun 5 dari KAFA Surau Indera Mahkota 2 kini sedang dirawat di HTAA kerana strok sebelah kiri
Pergukafakuantan.com - Admin mewakili Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan telah dimaklumkan bahawa adik Wan Ayunie Najwa binti Wan Zuki murid Tahun 5 dari KAFA Surau Indera Mahkota 2 kini sedang dirawat di HTAA kerana strok sebelah kiri badan secara tiba-tiba kelmarin.
Hasil rawatan MRI setakat petang tadi ada sedikit pendarahan dalam kepala dan perlu direhatkan di ICU.
Dari seorang pelajar yang ceria, terjadi dengan tiba-tiba.
Pihak kami sedang mengumpul dana bagi meringankan beban adik Ayuni dan keluarga. Beliau memerlukan keperluan tambahan seperti lampin pakai buang dan lain-lain. Sebarang sumbangan boleh diserahkan kepada mana-mana guru atau terus ke akaun ibunya yang tertera di bawah ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan puan.
Sarobiah Bte Salim
CIMB 7612890760
Mohon doa semua moga segalanya dipermudahkan dan sembuh seperti sediakala, Aminnn.
COMMENTS