SAR KAFA As_Siddiq telah mengadakan Majlis khatam Al-Quran dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2019 pada
Pergukafakuantan.com - SAR KAFA As_Siddiq telah mengadakan Majlis khatam Al-Quran dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2019 pada Selasa 19/11/2019 di Dewan SAR KAFA As-Siddiq bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Normah Yazam binti Abdullah (Pengerusi SAR KAFA As-Siddiq), Al Fadhil Tuan Qadhi tidak dapat hadir kerana telah ada jemputan di KAFA lain pada tarikh dan waktu yang sama.
Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan 2019 ini meraikan kejayaan anak-anak yang berjaya menghabiskan Al-Quran dan berjaya mendapat pencapaian terbaik di dalam kelas. Manakala semua murid diberi hadiah saguhati sebagai menghargai perjuangan mereka dalam menuntut ilmu ukhrawi.
Turut diraikan pelajar cemerlang upkk 2018:
- 8A seramai 6 orang
- 7A 1B seorang
- 6A 2B seramai 2 orang
Gambar-gambar sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan 2019 SAR KAFA As-Siddiq:
Barisan Guru-Guru yang bertungkus lumus menjayakan masjlis ini
Peserta khatam
Barisan tetamu antara yang hadir
Ucapan perasmian oleh Pengerusi SAR KAFA As-Siddiq
Alhamdulillah dan tahniah atas penganjuran majlis ini daripada kami Pergukafa Kuantan. Semoga ianya akan menjadi kenangan di sini...
COMMENTS