Elaun RM512 buat guru KAFA

SHARE:

Seramai 240 guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang mengajar dalam tempoh tiga hingga empat jam di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor bakal menerima elaun RM512 sebulan.

elaun buat guru kafa

Pergukafakuantan.com - Seramai 240 guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang mengajar dalam tempoh tiga hingga empat jam di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor bakal menerima elaun RM512 sebulan.

Elaun tambahan itu dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM1.6 juta akan diberikan mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, dengan tambahan penerima elaun itu menjadikan jumlah guru KAFA menerima elaun sumbangan Kerajaan Johor 2,090 orang berbanding 1,850 sebelum ini yang menerima elaun itu berdasarkan jam mengajar.

“Sebelum ini, elaun RM900 diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jadi kini ditambah RM512 termasuk caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“KWSP untuk simpanan hari tua dan PERKESO jika berlaku kemalangan dalam perjalanan bertugas.

“Mereka ini bukan guru berpencen, bukan tetap, ada kontrak, jadi kita memandang ke hadapan untuk guru KAFA, kita akan usahakan guru ini juga masuk dalam program PERKESO,” katanya ditemui selepas merasmikan Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) - HOPE 2019 di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru hari ini.

Aminolhuda berkata, penambahan elaun itu dilaksanakan bagi mengukuh dan memperkasakan pembelajaran Sekolah Agama Johor selain bagi membantu menambah pendapatan guru KAFA.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, enam sekolah angkat dipilih termasuk Sekolah Agama (SA) Riyadhus Solihin, Taman Damai Jaya; SA Sabilul Muhtadin, Taman Puteri Wangsa; SA Al Firdaus, Lima Kedai; SA Dato’ Abdul Rahman Ahmad; SA Al-Imtiyaz, Kota Puteri dan SA Kampung Baharu, Lenga.

Pada masa sama, Aminolhuda berkata, pihaknya kini berbincang bagi mengisi 500 kekosongan guru KAFA di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada peruntukan.

Sumber: Harian Metro

*InsyaAllah Pahang akan menyusul selepas ini....


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Elaun RM512 buat guru KAFA
Elaun RM512 buat guru KAFA
Seramai 240 guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang mengajar dalam tempoh tiga hingga empat jam di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor bakal menerima elaun RM512 sebulan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNUCJnCVUdBZRyMhUxsXT8_MafzhK9_fUEmkaHDm8gF8YV77h7jJiDyNZ23nGpcr3h4v1Xtr9dMOFwXch1Z63DoVjQ3iPuSmjF519VAeXJ7VFmcx_g8o-sxhd1lKrxzJUyPzrGrqodRto/s640/elaun+guru+kafa.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNUCJnCVUdBZRyMhUxsXT8_MafzhK9_fUEmkaHDm8gF8YV77h7jJiDyNZ23nGpcr3h4v1Xtr9dMOFwXch1Z63DoVjQ3iPuSmjF519VAeXJ7VFmcx_g8o-sxhd1lKrxzJUyPzrGrqodRto/s72-c/elaun+guru+kafa.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2019/10/elaun-rm512-buat-guru-kafa.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2019/10/elaun-rm512-buat-guru-kafa.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :