13 Mei 2019 genaplah empat tahun blog Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan bersiaran di alam siber
Pergukafakuantan.com - Hari ini 13 Mei 2019 genaplah empat tahun blog Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan bersiaran di alam siber dalam wadah menyampaikan maklumat berkaitan info perkembangan terkini SAR/KAFA Daerah Kuantan, Pahang serta Malaysia amnya.
Antara tujuan utama blog ini dibina adalah :
1. Untuk memberi info dan maklumat terkini mengenai pelbagai isu SAR KAFA dan yang berkaitan kepada semua SAR/KAFA seluruh Kuantan, Pahang dan Malaysia amnya dengan mudah, tepat dan pantas.
2. Sebagai bukti segala kerja buat persatuan dan juga sebagai arkib simpanan segala program dan aktiviti (gambar dan video) yang dilakukan oleh Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan sebagai rujukan kepada semua ahli SAR/KAFA daerah Kuantan.
3. Berfungsi sebagai pemudah cara dalam membantu Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan (PAID) dalam menyampaikan atau menjalankan program yang memerlukan kerjasama antara semua pihak.
Apa yang membanggakan, Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan merupakan satu-satunya Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah yang memiliki laman sesawangnya atau blog sendiri, yang diurus secara profesional dan sistematik.
Sokongan daripada semua guru-guru, ahli atau bukan ahli SAR/KAFA Daerah Kuantan amatlah dialu-alukan bagi menaikan imej persatuan melalui laman web ini dengan berkongsi (Share) setiap post yang disiarkan. Setiap link post yang diterbitkan boleh dikongsi ke setiap laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Telegram dan sebagainya.
COMMENTS