Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2019 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang di buka pada Khamis 10 Ogos 2018 hingga Sabtu 15 September 2018
1. Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2019 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang di buka pada Khamis 10 Ogos 2018 hingga Sabtu 15 September 2018.
2. Permohonan boleh dibuat secara 'Online" sahaja melalui laman web berikut:
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
a) Berumur tidak melebihi 13 tahun pada januari 2019.
b) Tamat tahun 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau setaraf dengannya.
c) Berkelakuan baik ; dan
d) Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada Anak Negeri Pahang Darul Makmur.
e) Tiada temu uji secara "Walk In".
e) Tiada temu uji secara "Walk In".
4. Salinan slip permohonan "Online" hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan :
a) Kad Pengenalan pemohon, ibubapa / penjaga.
b) Surat beranak pemohon.
c) Keputusan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
d) Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) ; dan
e) Sijil yang berkaitan.
5. Tarikh tutup permohon ialah pada Sabtu 15 September 2018. Permohonan boleh menyemak panggilan temu uji di laman web di atas pada Jumaat 28 September 2018 dan hendaklah membawa bersama slip panggil temu uji ke pusat temu uji.
6. Slip dan Dokumen yang lengkap seperti di para 4 sahaja akan diproses untuk dipanggil temu uji pada Sabtu 06 Oktober 2018 dengan membawa Slip Panggilan Temu Uji yang dicetak dari sistem online.
7. Permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk temu uji dalam pekara-perkara berikut :
a) Membaca Al Quran ;
b) Membaca dan menulis jawi ; dan
c) Pengetahuan Agama Islam.
8. Keputusan temu uji disemak secara "Online" di laman web berikut mulai (Jumaat 26 Oktober 2018).
9. Pemohon yang berjaya hendaklah membawa slip keputusan tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang yang ditawarkan. Keputusan penempatan adalah muktamat.
10. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Agama Islam Pahang di talian 09-4211111 sambungan kebahagian pendidikan.
Sumber: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
COMMENTS