Program ini diadakan diadakah di Dewan Seminar Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan Pahang. Program ini merupakan program julungannya diadakan diantara MUIP dengan guru-guru KAFA daerah Kuantan.
www.pergukafakuantan.com - Ini merupakan satu program julung kalinya yang diadakan antara MUIP dengan guru-guru KAFA daerah Kuantan. Program ini diadakan di Dewan Seminar Masjid Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan Pahang pada Selasa 17 Julai 2018. Program ini dihadiri oleh guru-guru besar/wakil SAR/KAFA daerah Kuantan.
Program dimulakan dengan taklimat mengenai Zakat di bawah MUIP yang disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Husin Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP cawangan Kuantan. Taklimat seterusnya disampaikan oleh Ustaz Mohd Redha bin Mohd Ayob dari ibu pejabat MUIP Pekan, merupakan pegawai yang menguruskan bahagian tuntutan bantuan zakat KAKK ini sendiri.
Ustaz Mohd Redha bin Mohd Ayub
Alhamdulillah pelbagai masalah dan persoalan terjawab dalam dalam sisi soal jawab mengenai KAKK dan yang berkaitan dengan zakat MUIP ini. Satu program yang amat bermanfaat bagi kami guru-guru KAFA daerah Kuantan ini.
Bermula hari ini dengan rasminya semua Sar/Kafa daerah Kuantan akan menggunakan sistem IMAS ini dalam membuat tuntutan bantuan online KAKK MUIP. Manual pengggunaan atau cara menggunakan sistem IMAS ini boleh rujuk SINI.
Kami pihak Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada MUIP atas penganjuran program seumpama ini. Semoga ianya menjadi titik jalinan ukhwah lebih rapat lagi antara guru-guru KAFA dengan MUIP dengan adanya program seumpama ini.
Salam, maaf lari tajuk, macam mana ya nak pohon guru kafa?
ReplyDeleteWa 'alaikum salam
ReplyDeletedari mn ni...
boleh ambik borang pejabat agama berhampiran dgn anda