Merujuk kepada Manual Prosedur Pengurusan Peperiksaan UPKK, antara syarat kelayakan calon UPKK adalah warganegara Malaysia.
Pergukafakuantan.com - Merujuk kepada Manual Prosedur Pengurusan Peperiksaan UPKK, antara syarat kelayakan calon UPKK adalah warganegara Malaysia.
Walau bagaimanapun, Jabatan ini telah merujuk kepada peraturan dan kaedah yang digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap syarat kelayakan calon bukan warganegara.
Calon bukan warganegara yang diluluskan belajar di Malaysia boleh mendaftar untuk menduduki peperiksaan dengan syarat :
- Murid sedang belajar di kelas peperiksaan.
- Murid berada dalam kohort umur yang diluluskan oleh pihak KPM seperti dalam jadual berikut :
Sehubungan dengan perkara di atas, Jabatan ini telah menetapkan pendaftaran murid bukan warganegara untuk menduduki UPKK mesti memenuhi syarat-syarat berikut :
- Murid sedang belajar di kelas dan dan mengikuti kurikulum program Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
- Murid tahun 5 kelas KAFA.
Pendaftaran calon bukan warganegara mendaftar sebagai calon peperiksaan UPKK telah dibuka bermula 1 Januari 2018 sehingga 30 Mac 2018.
Sumber: Sistem Simpeni
COMMENTS