Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2018 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang di buka pada Selasa 01 Ogos 2017 hingga Jumaat 22 September 2017.
1. Permohonan kemasukan tingkatan satu tahun 2018 di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang atau SMAN Pahang di buka pada Selasa 01 Ogos 2017 hingga Jumaat 22 September 2017.
2. Permohonan boleh dibuat secara 'Online" sahaja melalui laman web berikut:
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
a) Berumur tidak melebihi 13 tahun pada januari 2018.
b) Tamat tahun 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau setaraf dengannya.
c) Berkelakuan baik ; dan
d) Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada Anak Negeri Pahang Darul Makmur.
4. Salinan slip permohonan "Online" hendaklah dihantar ke sekolah yang dipohon bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan :
a) Kad Pengenalan pemohon, ibubapa / penjaga.
b) Surat beranak pemohon.
c) Keputusan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
d) Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) ; dan
e) Sijil yang berkaitan.
5. Tarikh tutup permohon ialah pada Jumaat 22 September 2017. Permohonan boleh menyemak panggilan temu uji pada Khamis 05 Oktober 2017 di laman web di atas dan hendaklah membawa bersama slip panggil temu uji ke pusat temu uji.
6. Slip dan Dokumen yang lengkap seperti di para 4 sahaja akan diproses untuk dipanggil temu uji pada Sabtu 14 Oktober 2017 dengan membawa Slip Panggilan Temu Uji yang dicetak dari sistem online.
7. Permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk temu uji dalam pekara-perkara berikut :
a) Membaca Al Quran ;
b) Membaca dan menulis jawi ; dan
c) Pengetahuan Agama Islam.
8. Keputusan temu uji disemak secara "Online" di laman web berikut mulai (akan diumumkan nanti).
9. Pemohon yang berjaya hendaklah membawa slip keputusan tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang yang ditawarkan. Keputusan penempatan adalah muktamat.
10. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Agama Islam Pahang di talian 09-4211111 sambungan kebahagian pendidikan.
Sumber: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
COMMENTS