Lawatan Sambil Belajar Anjuran Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2017
Pergukafakuantan.com - Lawatan Sambil Belajar Anjuran Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tempat : Langkawi
Tarikh : Berlepas pada hari isnin 16/10/2017 jam 10.00 malam dari Kuantan dan balik semula ke Kuantan pada hari khamis 19/10/2017, dijangka sampai pada jam 12.00 malam. Untuk makluman pada tarikh tersebut dijangkakan cuti Deepavali selama seminggu.
Bayaran : RM250 (Termasuk bayaran kenderaan, feri dan tempat penginapan sahaja). Makan, minum dan tiket lawatan adalah tanggungan sendiri.
Pendaftaran dibuka sekarang. Sila daftar dengan ketua zon masing-masing bersama deposit RM100, baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau ketika hendak pergi ke sana.
TARIKH TUTUP PADA 9/9/2017
Jom rehlah, rehatkan minda anda, pasti mengujakan sambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.
COMMENTS