RM550 Juta untuk Elaun, Imbuhan Guru KAFA dan Imam

SHARE:

Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam dan guru takmir di seluruh negara.

RM550 Juta untuk Elaun, Imbuhan Guru KAFA dan Imam

Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam dan guru takmir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka terdiri daripada 34,000 guru KAFA, 14,000 imam dan 3,600 guru takmir turut mendapat pelbagai ganjaran yang membuktikan kerajaan amat komited dalam usaha menjaga kepentingan agama Islam di negara ini.

"Kerajaan sentiasa mengkaji kenaikan elaun mereka seperti guru KAFA daripada RM800 kepada RM900 sebulan, imam (RM750 kepada RM850 sebulan) dan guru takmir (RM40 kepada RM100 sejam)," katanya ketika merasmikan Konvensyen Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pasir Puteh hari ini.

Lebih 1,000 peserta menyertai konvensyen itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata kenaikan elaun itu bertujuan agar mereka dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap bidang masing-masing sejajar dengan tuntutan semasa.

Sementara itu, Othman dalam ucapannya meminta umat Islam di negara ini supaya jangan leka dengan ancaman dari dalam dan luar negara untuk melemahkan Islam di negara ini.


Beliau berkata tiada alasan untuk umat Islam di Malaysia berpecah-belah sesama sendiri terutama ketika Islam dan penganutnya diserang dari segenap sudut terutama di laman media sosial.

"Perpaduan sesama sendiri terutama dalam kalangan generasi muda mesti dijadikan tonggak utama untuk menangkis setiap serangan yang dilancarkan musuh," katanya.

- Bernama


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: RM550 Juta untuk Elaun, Imbuhan Guru KAFA dan Imam
RM550 Juta untuk Elaun, Imbuhan Guru KAFA dan Imam
Kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM550 juta tahun ini bagi tujuan pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), imam dan guru takmir di seluruh negara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2yi9hdijRiov5IEymrgk7tUSlfd8rjSbb0HmX97R8lkxV4Uzu3_BCBtCYUpzQKu3GO62tEEsvs58qKDQwa5uJuxXzbimBj2nQ_cmShrfdYXktkFqhoRbDLNHT-kamtbBZQceg21ml8Go/s640/putarajaya.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2yi9hdijRiov5IEymrgk7tUSlfd8rjSbb0HmX97R8lkxV4Uzu3_BCBtCYUpzQKu3GO62tEEsvs58qKDQwa5uJuxXzbimBj2nQ_cmShrfdYXktkFqhoRbDLNHT-kamtbBZQceg21ml8Go/s72-c/putarajaya.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2017/05/rm550-juta-untuk-elaun-imbuhan-guru.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2017/05/rm550-juta-untuk-elaun-imbuhan-guru.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :