Seramai 46,461 ribu atau 23.9% calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 mendapat semua A iaitu Cemerlang dalam kesemua 8 mata pelajaran yang diambil.
Pergukafakuantan.com - Seramai 46,461 ribu atau 23.9% calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 mendapat semua A iaitu Cemerlang dalam kesemua 8 mata pelajaran yang diambil.
Negeri Selangor menunjukan peningkatan mendadak berjaya mendapat tempat pertama dalam analisa gred purata skor mengikut mata pelajaran dengan gred GPS 1.41, diikuti Pulau Pinang ditempat kedua dengan gred GPS 1.42. Ketiga pula Johor dengan gred GPS 1.45, keempat pula Melaka dengan gred GPS 1.45 juga dan Wilayah Persekutuan di tempat kelima (1.46). Pahang pula ditangga keenam (1.52).
Keputusan ini meningkat 4% dari tahun lepas. Keputusan analisa ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum di Kompleks Islam Putrajaya. Tiada calon mendapat semua D dalam UPKK kali ini. Calon boleh menyemak keputusan secara online di http://semakan.islam.gov.my/ dan secara SMS (sila rujuk di sini untuk menyemak keputusan UPKK 2016).
Berikut adalah video pengumuman keputusan UPKK 2016
Sumber: You Tube beritanasionalrtm rasmi
COMMENTS