RM 10,000 untuk pemenang bulan Disember ini menjadi milik seorang Ustazah Kafa, Nur Anisah Muhammad Fauzi dan pasangannya Mohammad Amirul Nazren Talib.
Projek “Bestnya Kahwin” anjuran majalah Pesona Pengantin dan Poh Kong menemui pemenangnya yang terakhir setelah enam bulan peraduan berlangsung.
RM 10,000 untuk pemenang bulan Disember ini menjadi milik seorang Ustazah Kafa, Nur Anisah Muhammad Fauzi dan pasangannya Mohammad Amirul Nazren Talib.
Seakan tidak percaya dengan kemenangan mereka, pengumuman ‘Tahniah Anda Pemenang Projek “Bestnya Kahwin” Pesona Pengantin dan Poh Kong’ meleraikan tanda tanya yang bermain di benak pasangan ini. Ia sekali gus membuatkan pasangan pengantin tersenyum gembira.
“Perasaan saya tentulah sangat terharu. Syukur kepada Allah kerana terpilih sebagai pemenang peraduan kempen “Bestnya Kahwin”. Lebih bermakna apabila ia disampaikan di majlis perkahwinan kami."
Menurut pasangan ini lagi mereka mengetahui tentang peraduan kempen “Bestnya Kahwin” melalui perkongsian seorang rakan di Facebook miliknya.
Nur Anisah mendapat sokongan daripada suami dan ahli keluarga untuk menyertai peraduan ini walaupun pada mulanya mereka kurang menyokong. Bagaimana pun ia berubah selepas mereka melihat jumlah undian yang meningkat dari hari ke hari.
Acara penyerahan hadiah kepada Nur Anisah dan Muhammad Fauzi telah disempurnakan oleh wakil Pesona Pengantin.Jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga pihak pengantin perempuan kerana memberikan kerjasama yang baik dengan kru Pesona Pengantin yang terlibat bagi menjayakan acara penyerahan hadiah kali ini.
Sumber Video: sinartv.my
Sumber Gambar: pesonapengatin.my
Selingan sebelum periksaan isnin nanti...
Selingan sebelum periksaan isnin nanti...
COMMENTS