Lawatan Sambil Belajar SAR KAFA Arraudhah Islamiah ke Melaka

SHARE:

Alhamdulillah pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru pengiring dan 24 pelajar.

Lawatan Sambil Belajar SAR KAFA Arraudhah Islamiah ke Melaka

Pergukafakuantan.com - Alhamdulillah pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru pengiring dan 24 pelajar.

Guru pengiring dari kiri Puan Rokiah (Guru Besar) Puan Dahlia (Penolong Guru Besar) Puan Zaraimah (Guru Displin) Puan Nor Shafura (Guru Penyelaras) bergambar kenang-kenangan.

Lawatan ini diadakan bagi meraikan pelajar tahun 5 selepas berhempas pulas berjuang di dalam peperiksaan UPKK baru-baru ini. Perjalanan bermula pada malam Jumaat 12 tengah malam dan tiba di Melaka pada pukul 6. 30 pagi. Setelah selesai solat Subuh di Masjid Al Adzim perjalanan diteruskan ke Masjid Selat Melaka untuk mandi dan sarapan pagi. Pemandangan di masjid ini sungguh cantik kerna betul-betul di tepi Laut Selat Melaka.

Masjid Selat Melaka di atas Laut Selat Melaka. Memang cantik dan indah pemandangan

Masjid Selat Melaka

Seterusnya kami teruskan ke Muzium Samudera Fasa I dan Fasa II serta Muzium Samudera. Disebabkan pengesahan lawatan dilakukan lebih awal melalui emel dengan pegawai yang berkaitan, pembelian tiket lebih cepat dan mendapat percuma untuk kemasukan guru pengiring seramai 4 orang. Perjalanan diteruskan pula untuk menikmati pemandangan Melaka di udara dengan menaiki Menara Taming Sari. Memang mengujakan perjalanan ke atas menara sambil menikmati pemandangan.

Di dalam muzium Samudera fasa I

Pelajar berpeluang menaiki kapal di tengah bandar Melaka

Tidak sah jika tidak singgah di Kota A Famosa jika tiba di Melaka, ini bagi memperkenalkan kepada pelajar kesan jajahan penjajah ke Tanah Melayu. Makan tengahri pula kami nikmati di Zoo and Night Safari. Seronok para pelajar kerana dapat melihat pelbagai haiwan yang jarang ditemui. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang memberi makanan kepada kumpulan gajah. Ada yang berani dan juga takut-takut. Persembahan burung juga menggamit kenangan, melihat burung bercakap memang terkejut semua pelajar!

Best! Dapat tengok binatang ustazah!.

Bijak burung kutip duit untuk tabung zoo mereka

Persembahan burung yang sangat menghiburkan semua penonton

Haiwan apa ni murid2? زرافة استازه                        

Di dalam perjalanan, diuji dengan kerosakan bas dan mengambil masa selama 3 jam untuk dibaiki oleh mekanik. Alhamdulillah , kami dapat teruskan perjalanan untuk destinasi terakhir. 

Bas mengalami kerosakan 😪

Menyusuri sungai Melaka pada waktu malam sangat indah dan mengasyikkan.sampai terlena pun ada. Bagi pakej lawatan sekolah kami menaiki bot di Jeti Rempah , menyusuri sungai di dalam tempoh 30 minit memang berbaloi.

Jeti Taman Rempah tempat berkumpul

Senyum! Naik bot kite malam2 ni😅

Pemandangan malam di atas River Cruise

Alhamdulillah, kami tiba di Kuantan pada pagi Ahad 23 Oktober 2016 jam 5 pagi. Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama sepanjang lawatan diadakan dan pelajar dapat melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah di dalam musafir ini.

Satu-satunya post yang ditulis lengkap untuk program lawatan sekolahnya. Tahniah daripada kami Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Lawatan Sambil Belajar SAR KAFA Arraudhah Islamiah ke Melaka
Lawatan Sambil Belajar SAR KAFA Arraudhah Islamiah ke Melaka
Alhamdulillah pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru pengiring dan 24 pelajar.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji567GqQBS0RcN8-_oh_6mdvVU2qNC92GA-pbIM6D1i9-2HirLOp_Ywz3iFHQqzmljo-aTVzOrGSAOcVfKeNbsXQ0qp7UqouVUk2X546wUs71ZBURJax2GujjMPvJFg3mN9uQEaGspmdUO/s640/arraudah+melaka.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji567GqQBS0RcN8-_oh_6mdvVU2qNC92GA-pbIM6D1i9-2HirLOp_Ywz3iFHQqzmljo-aTVzOrGSAOcVfKeNbsXQ0qp7UqouVUk2X546wUs71ZBURJax2GujjMPvJFg3mN9uQEaGspmdUO/s72-c/arraudah+melaka.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2016/11/lawatan-sambil-belajar-sar-kafa.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2016/11/lawatan-sambil-belajar-sar-kafa.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :