Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438 daripada kami AJK Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438

Pergukafakuantan.com - Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438 daripada kami AJK Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.

Doa Akhir Tahun 1437 

Dibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: 

“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun 1438

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

* kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama... InsyaAllah.


COMMENTS

BLOGGER

PENAFIAN: Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Laman web ini dibangun dan disenggara oleh Team Multimedia, Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan (PERGUKAFA Kuantan).
Name

Ahli Persatuan,33,AJK,24,Aktiviti,147,Buku Aktiviti KAFA,11,Buku Teks,3,eKAFA,7,Gambar,15,Guru Data,1,Guru Kafa,2,Ihtifal,23,Iklan,1,Info Terkini,346,Isu Semasa,109,Jadual Peperiksaan,7,Jadual UPKK,10,Jadual UPKK 2019,3,JAIP,42,JAKIM,29,JPN,4,JUC,13,KAFA,11,Kebajikan,2,Kementerian Pendidikan Malaysia,1,Keputusan UPKK,2,Khatam Al Quran,2,KPM,1,Mesyuarat,23,Mesyuarat agong,1,Motivasi,2,Muat Turun,3,MUIP,10,PAID,23,Penyelia KAFA,1,Peperiksaan,20,Percubaan Upkk,1,PERGUKAFA,35,Profil,5,Program,41,Program Sar Kafa,38,SAR KAFA,100,Simpeni,6,Skema Jawapan,8,SUK,1,Takwim Simpeni,2,Tuntutan MUIP,3,Ujian Kompetensi,2,UPKK,45,UPKK 2016,32,UPKK 2017,14,UPKK 2018,10,UPKK 2019,4,ZON 1,2,ZON 2,3,ZON 3,5,ZON 4,4,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438 daripada kami AJK Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
https://3.bp.blogspot.com/-A6nERLWle4M/V-9qMJigcpI/AAAAAAAACig/Sh6FQPgdNSQpISeFwNiQ4gLhiqYEjwOoACLcB/s640/selamat%2Bmenyambut%2Bmaal%2Bhijrah%2B1348.png
https://3.bp.blogspot.com/-A6nERLWle4M/V-9qMJigcpI/AAAAAAAACig/Sh6FQPgdNSQpISeFwNiQ4gLhiqYEjwOoACLcB/s72-c/selamat%2Bmenyambut%2Bmaal%2Bhijrah%2B1348.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2016/10/selamat-menyambut-maal-hijrah-1438.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2016/10/selamat-menyambut-maal-hijrah-1438.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy