Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan elaun guru KAFA dinaikkan sebanyak RM100 sebulan menjadikannya RM900.
Seramai 15,000 imam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menerima kenaikan elaun sebanyak RM100 kepada RM850 sebulan.
Manakala sebanyak RM500 diberikan secara one-off kepada hampir 16,000 bilal dan siak di seluruh tanah air sebagai menghargai jasa mereka dalam mengurus tadbir masjid.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan elaun guru KAFA dinaikkan sebanyak RM100 sebulan menjadikannya RM900.
Ini bakal memberi manfaat kepada hampir 33,000 guru KAFA seluruh Malaysia.
Dalam Bajet 2017 buat pertama kalinya kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk penyelarasan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
“Kerajaan menyedari permintaan tinggi masyarakat terhadap pendidikan tahfiz,” katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat 21/10/2017 baru-baru ini.
COMMENTS