Majlis Pemilihan Bakal-Bakal Calon AJK Tertinggi Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan Sesi 2016 - 2018
Pergukafakuantan.com - Bertempat di Dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, satu Majlis Pemilihan Bakal-Bakal Calon AJK Tertinggi Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuantan Sesi 2016 - 2018 di adakan bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pemilihan ini dihadiri 50 orang guru besar / wakil guru besar yang diberi mandat untuk mengundi dalam pemilihan awal calon AJK tertinggi persatuan bagi jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Undi tertinggi akan layak bertanding untuk jawatan tersebut pada mesyuarat agung pemilihan nanti pada 24/9/2016 (Sabtu).
Berikut adalah gambar-gambar sekitar pemilihan calon AJK tertinggi persatuan :
Terima kasih kepada semua guru besar /wakil guru besar yang hadir dalam pemilihan calon tertinggi AJK persatua. Mohon juga kepada semua guru-besar memastikan kehadiran guru-guru sekolah masing-masing ke mesyuarat agung pada 24/9/2016 nanti.
COMMENTS