Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

SHARE:

Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Untuk mengetahui apakah syarat yang perlu untuk menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), anda boleh membacanya terus di bawah.

Ya! jika dulu, sijil UPKK ini tidak dipandang sangat oleh masyarakat. Ramai yang beranggapan sijil ini dahulunya sijil biasa sahaja. Kini atas usaha beberapa pihak seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam telah menaik taraf sijil UPKK ini setanding dengan sijil UPSR.

Bagi Negeri Pahang, mana-mana pelajar yang ingin masuk ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), mereka wajib memiliki sijil UPKK sebagai syarat layak untuk memohon. Begitu juga untuk masuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan sebagainya mensyaratkan wajib ada sijil UPKK juga.

Matlamat Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

MATA PELAJARAN YANG DINILAI :
  1. Al-Quran.
  2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).
  3. Sirah
  4. Adab (Akhlak Islamiyah )
  5. Jawi dan Khat
  6. Asas Lughatul Quran
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  8. Amali Solat

BENTUK PENILAIAN :

BENTUK PENILAIAN MATA PELAJARAN
Lisan Al-Quran
Amali Amali Solat
Lisan & Pemerhatian Penghayatan Cara Hidup Islam
Penulisan Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
Sirah
Adab (Akhlak Islamiyah)
Jawi dan Khat
Lughatul Quran

PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK :
  • Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan.
  • Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

TARIKH PELAKSANAAN :
  • Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).
  • Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

PUSAT UPKK :
  • Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
  • Bagi penilaian bertulis (Rujuk di atas ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

PENGENDALIAN PENILAIAN :
  • Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak pelaksana KAFA Negeri.
  • Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.
  • Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.
  • Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

PENGGREDAN :

Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

GRED TAHAP MARKAH
A CEMERLANG 80 - 100
B BAIK 60 - 79
C MEMUASKAN 40 - 59
D KURANG MEMUASKAN 01 - 39

*Tertakluk kepada sebarang perubahan

SIJIL :
  • Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai.


COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Kemah keming PERGUKAFA Kuantan.
    Tahniah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,...
    Maaf bertanya,.... Sy nk buat pengakuan ni. :( Sy dan suami tk tau lgsung psl UPKK ni perlu diambil semasa darjah 5. Anak saya dah tercicir. Soalan saya boleh ke pelajar tahun 6 ambil peperiksaan ni?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..maaf bertanya anak saya tahun dia Dan tiga pergi me kafa tapi dalam tahun 4 dia dihantar ke tahfiz untyk setahun INI..soalan saya bolehkah anak saya masuk kembali ke kafa pada tahun 5 Dan mengambil upkk. Adakah dia akan diterima? Mohon pencerahan dengan segera.trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... saya ingin bertanya anak saya sekarang darjah 6 tapi tidak menduduki upkk pada tahun 5, adakah masih boleh menduduki upkk pada tahun ini.?

      Delete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Syarat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinOBvsgSYutPew3dOfHyMW1lyAoMW_Fv2-xVQf5d4QNjEp5tlVbVCxYP3OQiHbg4T5Du1PeGyhcoO1dnvgcHzjl9RHVhJnuh1eAkmN-X311_AVg19Uj-0arwRcTfRjK3d3ZFFFFzgB_c5e/s640/juc+zon+2+5.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinOBvsgSYutPew3dOfHyMW1lyAoMW_Fv2-xVQf5d4QNjEp5tlVbVCxYP3OQiHbg4T5Du1PeGyhcoO1dnvgcHzjl9RHVhJnuh1eAkmN-X311_AVg19Uj-0arwRcTfRjK3d3ZFFFFzgB_c5e/s72-c/juc+zon+2+5.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2016/08/syarat-menduduki-peperiksaan-ujian.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2016/08/syarat-menduduki-peperiksaan-ujian.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :