37,271 Calon UPKK 2015 Dapat Keputusan 8A

SHARE:

PUTRAJAYA, Jumaat – Sebanyak 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun lepas mencatat keputusan 8A.

37,271 Calon UPKK 2015 Dapat Keputusan 8A
PUTRAJAYA, Jumaat – Sebanyak 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun lepas mencatat keputusan 8A.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak 4.78 peratus daripada 15.29 peratus yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Beliau berkata keputusan UPKK 2015 juga menyaksikan semua negeri mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus tanpa D, sama seperti tahun sebelumnya.

“Selangor merekodkan pencapaian calon paling ramai mendapat 8A iaitu 5,152 orang, diikuti Kelantan dan Terengganu dengan masing-masing seramai 4,559 dan 4,148 calon,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Sebanyak 185,675 calon menduduki peperiksaan UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; Bidang Al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Pelajaran Jawi; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.

Othman berkata mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti Bidang Al-Quran dengan 99.5 peratus lulus.

Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, katanya.

Beliau berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 92.27 peratus, diikuti Adab 90.74 peratus; Bahasa Arab (88.60 peratus); Ulum Syariah (82.92 peratus) dan Sirah (82.04 peratus).

Othman berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 1.70 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 1.76, menyaksikan Selangor muncul negeri terbaik dengan GPN 1.484 mata, diikuti Wilayah Persekutuan dan Melaka dengan GPN 1.488 dan 1.533 mata.

“Bagi memastikan kecemerlangan berterusan Jakim akan terus perkasakan kemahiran guru melalui latihan secara berterusan,” katanya. – Bernama

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Assalam
    Tahniah kepada semua murid kafa Pahang yang telah berusaha menaik taraf agama islam di mata umum.. Teruskan usaha untuk tahun 2016.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum Salam

      Terima kasih, InsyaAllah sama2 kita berusaha menaik taraf agama islam di mata umum

      Delete
    2. Tahniah pahang..kedah belum dpt lagi keputusan..lambat rase

      Delete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PERGUKAFA Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.

Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,1,Buku,30,Guru KAFA,137,Ihtifal,9,Info KAFA,640,Jadual,36,JAIP,118,JAKIM,133,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,50,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,227,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,154,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: 37,271 Calon UPKK 2015 Dapat Keputusan 8A
37,271 Calon UPKK 2015 Dapat Keputusan 8A
PUTRAJAYA, Jumaat – Sebanyak 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun lepas mencatat keputusan 8A.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFeUafvOvUGWGLW_yhzXrNyj5OSrJeID8jP7pTzYJIMdWAJd-uRR83eC5CU6X9fHaMdhRETuJL165IyW1tAGltSgCFE1KLKlXA85rs9kysIrQqL_x-upnONFO7G1iOlR4N9F382MUBkEdC/s640/semak+keputusan+upkk+2015+online.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFeUafvOvUGWGLW_yhzXrNyj5OSrJeID8jP7pTzYJIMdWAJd-uRR83eC5CU6X9fHaMdhRETuJL165IyW1tAGltSgCFE1KLKlXA85rs9kysIrQqL_x-upnONFO7G1iOlR4N9F382MUBkEdC/s72-c/semak+keputusan+upkk+2015+online.png
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2016/01/37271-calon-upkk-2015-dapat-keputusan-8a.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2016/01/37271-calon-upkk-2015-dapat-keputusan-8a.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :