Pengedaran Buku Teks KAFA 2016 Daerah Kuantan. Satu mesyuarat khas buku teks KAFA telah diadakan pada 17/12/2015 (Khamis) bermula jam 2.30 petang di Sar Kafa Nurul Aman Batu 11.
Pengedaran Buku Teks KAFA 2016 Daerah Kuantan. Satu mesyuarat khas AJK Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan mengenai buku teks KAFA telah diadakan pada 17/12/2015 (Khamis) bermula jam 2.30 petang di Sar Kafa Nurul Aman Batu 11.
Untuk makluman Koperasi Persatuan Sar Kafa Negeri Pahang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tender mengedar buku teks KAFA ke seluruh Negeri Pahang.
Pembahagian 3 tempat depo telah ditetapkan dalam mesyuarat AKJ Persatuan Sar Kafa Negeri Pahang baru-baru ini telah memilih 3 tempat seperti berikut:
1. Depo Kuantan - diselia oleh Ustaz Ismail
2. Depo Chini - diselia oleh Ustaz Razak
3. Depo Jengka - diselia oleh Ustazah Nabila
Bagi Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan juga telah bersetuju untuk menghantar buku teks tersebut ke sekolah-sekolah seluruh Kuantan dengan menyewa lori. Kos sewaan dan pekerja akan dibuat dalam masa terdekat.
Mesyuarat juga telah bersetuju Sar Kafa Baitul Huda Cenderawasih sebagai depo simpanan buku teks sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah.
Koperasi KAFA Negeri Pahang akan melantik pekerja untuk urusan pengumpulan dikalangan guru KAFA Kuantan untuk mengumpul set order setiap invois sekolah. Persatuan Daerah Kuantan hanya menghantar buku teks tersebut ke sekolah-sekolah sahaja.
20 orang pekerja diperlukan bagi setiap zon, bermakna 5 orang dari setiap zon.
Buku teks dijangkakan akan sampai ke depo daerah Kuantan bermula 20/12/2015 secara berperingkat-peringkat. Pihak Persatuan Daerah juga akan mengedarkan buku secara berperingkat-peringkat.
COMMENTS