Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu

SHARE:

Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu. Memandangkan masalah jerebu yang masih belum reda, dan kemungkinan penutupan beberapa buah sekolah.

Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu. Memandangkan masalah jerebu yang masih belum reda, dan kemungkinan penutupan beberapa buah sekolah.

Maka tindakan penangguhan peperiksaan upkk bagi subjek ulum syariah bagi seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan. Mohon kerjasama tuan puan mengambil tindakan sewajarnya. 
Walaubagaimana pun arahan ini akan terpakai dan berkuatkuasa setelah kenyataan Dato Ketua Pengarah Jakim dikeluarkan selewatnya pada petang ini. 
Sehubungan itu Tuan-puan perlu bersiap sedia dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Unit Peperiksaan KAFA 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Update terkini:

Semua sekolah di Semenanjung Malaysia diarahkan tutup selama 2 hari bermula 5 dan 6 Oktober 2015 kecuali Kelantan, Sabah dan Sawarak.

Update terkini:

Daripada Jakim  / Jaip / Paid

Dipanjangkan ke semua pusat2 UPKK Daerah Kuantan 2015 :

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.

2. Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.

3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.

4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.

5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015)
selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.

6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

Sekian

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

Update tarikh baru Peperiksaan UPKK 2015 klik di SINI.


COMMENTS

BLOGGER
Name

AJK,32,Bandaraya Kuantan,2,Buku,30,Guru KAFA,140,Ihtifal,10,Info KAFA,645,Jadual,36,JAIP,119,JAKIM,135,JPN,5,JUC,14,Kuantan Barat,2,Mesyuarat,36,MPKAFA,6,MUIP,24,PAID,53,Peperiksaan,51,Pergukafa,93,Persatuan,1,Program,228,SAR KAFA,145,Simpeni,14,Skema Jawapan,1,Tazkirah KAFA,19,UPKK,156,Zon KAFA,21,
ltr
item
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan: Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu
Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu
Penangguhan Peperiksaan UPKK 2015 Akibat Jerebu. Memandangkan masalah jerebu yang masih belum reda, dan kemungkinan penutupan beberapa buah sekolah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg19qLnNIM3Oszb_BC1rv1n90qyPlIqVB4gYbNhHoFzAa5E1GqHFrznLip64kNndaqrM2qxr1UjYKg92pBXvcPyrvCQnbaD5eP-fmLuVZ6VhOTq06wrIl35ZXPHb0h5QcfhyEmnVSONizun/s640/penangguhan+upkk+2015+akibat+jerebu.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg19qLnNIM3Oszb_BC1rv1n90qyPlIqVB4gYbNhHoFzAa5E1GqHFrznLip64kNndaqrM2qxr1UjYKg92pBXvcPyrvCQnbaD5eP-fmLuVZ6VhOTq06wrIl35ZXPHb0h5QcfhyEmnVSONizun/s72-c/penangguhan+upkk+2015+akibat+jerebu.jpg
Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan
https://www.pergukafakuantan.com/2015/10/penangguhan-peperiksaan-upkk-2015.html
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/
https://www.pergukafakuantan.com/2015/10/penangguhan-peperiksaan-upkk-2015.html
true
750727900485308402
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi... Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU TAG ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Agos September October November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ags Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content :