Bertempat di Dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan Pahang, jam 9.00 pagi. Satu Taklimat Hakim Ihtifal Peringkat Saringan Zone 2015.
Bertempat di Dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan Pahang, jam 9.00 pagi. Satu Taklimat Hakim Ihtifal Peringkat Saringan Zone 2015.
Seramai 19 hakim dari setiap zon (Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4) sila rujuk di sini untuk maklumat zon-zon SAR KAFA Daerah Kuantan. Bermakna seramai 76 orang hakim telah hadir mengikuti taklimat hakim ini.
Taklimat dimulakan dengan upcapan alu-alaun pengerusi Sar Kafa Daerah Kuantan iaitu Ustaz Harmizi Hanafi. Seterusnya taklimat disampaikan oleh Ustaz Sofian Mohd Hassan. Taklimat merangkumi semua, pemarkahan dan sebagainya termasuk etika kehakiman yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Untuk mendapatkan buku rujukan kehakiman bagi yang belum ada, sila rujuk kepada ketua zon masing-masing.
Semoga dengan taklimat ini Majlis Ihtifal Peringkat Saringan Zone 2015 akan berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan.
Persatuan Guru-Guru Sar Kafa Daerah Kuantan atau PERGUKAFA Kuantan diberi mandat penuh bagi menjalankan semua aktiviti Ihtifal Peringkat Saringan Zone 2015 ini dengan kerjasama PAID dan dinaugi oleh JAIP.
Bagi peserta Ihtifal, johan dan naib johan akan bertanding diperingkat daerah Kuantan mewakili zon masing-masing.
Terima kasih kepada semua hakim yang hadir dan memberi kerjasama sepenuh, kita jumpa disayembara Ihtifal Peringkat Saringan Zone 2015 sabtu nanti.
COMMENTS