Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan SAR/KAFA kepada medium terkini dalam menyimpan maklumat aktiviti SAR/KAFA dalam blog atau laman web.
Pergukafakuantan.com - Bertempat di SAR KAFA Al-Hafizin telah selesai satu bengkel yang julung kalinya diadakan khas SAR/KAFA/Guru Kafa daerah Kuantan, iaitu "Bengkel Asas Membina Laman Web - Siri 1".
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan SAR/KAFA kepada medium terkini dalam menyimpan maklumat aktiviti SAR/KAFA dalam blog atau laman web. Bengkel ini dikendalikan oleh admin blog persatuan di bawah anjuran Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan.
Untuk bengkel siri 1 ini hanya 10 peserta sahaja yang diterima kerana bengkel ini memerlukan teori dan praktikal terus kepada peserta.
Bengkel bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 12.00 tengahari terasa sekejap masa berlalu, dan pada akhir semua peserta SAR/KAFA berjaya secara asasnya memiliki laman web/blog masing-masing.
Masih banyak perlu dipelajari dan dilakukan oleh peserta selepas bengkel ini, agar blog yang dibina terus berfungsi dalam menyampaikan maklumat di masa hadapan.
Antara laman web/blog asas yang telah berjaya dibina semasa bengkel hari ini:
- https://tamanserimahkotabt12.blogspot.com/
- https://myiiskuantan.blogspot.com/
- https://marikitabertakaful.blogspot.com/
- https://gaming738.blogspot.com/
- http://integratedislamicschool2kuantan.blogspot.com/
- http://mesingulakapaslaju.blogspot.com/
- https://sarkafaassiddiq.blogspot.com/
dan ada 2 lagi dalam proses, semua blog tersebut adalah dalam asas pembinaan lagi. masih banyak untuk ditambah baik dan diperbaiki dari masa ke semasa. Semoga bengkel ini dapat memberi satu pengalaman dan cabaran dalam bidang pendidikan berteraskan islam di Kuantan ini.
COMMENTS