Pencapaian UPKK 2015 meningkat 8.44 peratus berbanding tahun sebelumnya. Seramai 2,846 atau 23.59% calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh Negeri Pahang mencatat keputusan 8A.
Pencapaian UPKK 2015 meningkat 8.44 peratus berbanding tahun sebelumnya. Seramai 2,846 atau 23.59% calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh Negeri Pahang mencatat keputusan 8A.
Pencapaian itu menunjukkan peningkatan 8.44% berbanding 15.15% yang dicatatkan tahun sebelumnya.
Murid terbaik UPKK 2015, Nor Hazimah Zahraa Hassan calon dari Kafa Surau Al-Makmur Indera Mahkota 2, Kuantan; Intan Zura Noor Fikri dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) Quran Kanak-Kanak Lipis dan Mumtaz Hayati Mohd Kamarazali dari SAR Felda Lurah Bilut.
Kuantan merekodkan pencapaian calon paling ramai mendapat 8A membabitkan 918 murid manakala Bnetong menjadi daerah terbaik dengan gred purata nasional (GPN) 1.35 mata.
Pengumuman rasmi keputusan UPKK Pahang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz di Dewan SMK Seri Bentong, Karak, semalam.
Sumber: Sinar Harian (Ahad, 17/1/2016)
COMMENTS